DiLea BM sesi 1 - iv
20 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2025, telah berlangsung DiLea BM sesi 1 - iv. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru DiLea mengajar cara untuk membuat karangan soalan A. Seterusnya, guru DiLea mengajar cara menulis untuk memulakan ayat. Akhir sekali, guru DiLea memberi contoh-contoh penanda wacana dan kata hubung.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu para pelajar. Seterusnya, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: